Nizam Razak dalam perarakan Hari Malaysia 2011

27 September 2011 Posted by Tim 6 roars
Salaam,

Pada 16 September lepas, Pengarah Urusan Animonsta Studios yang juga pengarah siri BoBoiBoy, Nizam Razak telah menyertai perarakan sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka. Pada hari tersebut, Nizam telah dianugerahkan dengan gelaran Tokoh Negara sebagai tanda penghargaan di atas pencapaiannya di dalam industri animasi tempatan, seiring dengan tokoh-tokoh tempatan yang lain termasuk Datuk Lee Chong Wei dan Dato’ Malek Noor.

Nizam berarak bersama maskot BoBoiBoy dan Yaya sambil mengibarkan bendera Malaysia.

Kami di Animonsta Studios mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia di atas penghargaan yang terbaik ini! Tidak lupa juga kepada para penonton atas sokongan anda semua! Tanpa sokongan anda, kami tidak akan berada di sini!

Terbaik!!



Salaam and Good Day!


On the 16th of September 2011, the Managing Director of Animonsta Studios Sdn. Bhd. as well as the Director of BoBoiBoy, Nizam Razak was given the prestigious honour of joining the Hari Malaysia parade. He was named a Tokoh Negara for his contribution in the local animation industry, alongside famous figures such as Datuk Lee Chong Wei and Dato’ Malek Noor, among others.

Nizam marched with BoBoiBoy and Yaya, proudly waving the Malaysian flag at the crowd of patriotic citizens who attended the parade.

We at Animonsta Studios would like to extend our deepest thank you to the Malaysian Government for honouring Nizam to be a part of the parade as a Tokoh Negara. Not to forget, our sincerest thanks goes to you, our awesome viewers for your amazing support! We would not be here without you!

Terbaik!! ;D