04 February 2010

Concept: Neighbourhood

Hello everyone,

Here's the latest update brought to you by the concept department! Today's special feature is the neighbourhood area in which Boboiboy and his friends reside - including a special area that will play an important role in...*drumroll please* ...well, you'll find that out soon enough! :D


BoBoiBoy's neighbourhood 


Bird's eye view of the area 


The mysterious Toxic Pond... 


That's all for now. Watch this space for more updates from us! :D

Click to read more...

31 January 2010

Animonsta in Harian Metro

Salaam and Good Day,

Last Sunday we were featured in Harian Metro, centre spread. This time you guys get to look at big pictures of Eejean, Safwan, Naim and Dzubir so you'll recognize them when you see them in public (but we're shy really). We're very happy with this and would like to thank Harian Metro and Shamran Sarahan for the great writeup. Below is the web version of the article. Original article can be found here.

Boboiboy taruhan terbaru

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my
2010/01/31

SETAKAT ini Upin & Ipin satu-satunya terbitan siri animasi tempatan yang berjaya dan memberi impak besar dalam penerbitan animasi produksi tempatan di negara ini.

Namun selepas sekian lama asyik disogok dengan siri animasi ini, mungkin ramai juga ternanti-nanti kemunculan satu siri animasi baru sebagai alternatif atau siri tambahan sebagai tontonan umum di rumah.

Lantaran itu, bekas Pengarah Upin & Ipin, Mohd Nizam Abdul Razak, 27, berasakan tiba masanya satu siri animasi yang baru dan segar dihasilkan untuk mencetus variasi dalam dunia animasi negara ini.

Selepas berjaya mencipta fenomena melalui Upin & Ipin, Nizam bersama syarikat baru miliknya, Animonsta Studios (AS) yang diterajuinya dengan tiga rakan kongsi, Mohd Safwan Ab Karim, Kee Yong Pin dan Muhammad Anas Abdul Aziz, mahu muncul dengan produk animasi terbaru yang kini dalam pembikinan, iaitu Boboiboy.

Bezanya kali ini, Boboiboy mengetengahkan animasi tiga dimensi (3D) yang berkonsepkan watak superhero tetapi berwajah tempatan.

Sudah pasti cabaran besar bakal ditempuhi Nizam dan rakan dalam pembikinan siri animasi ini memandangkan populariti Upin & Ipin yang cukup gah ketika ini.

Bagaimanapun bagi Nizam, tiada permulaan yang mudah untuk memulakan sesuatu dan dia percaya penghasilan animasi Boboiboy mampu memeriahkan lagi industri dunia animasi di Malaysia.

"Kalau boleh saya ingin melihat Boboiboy muncul sebagai satu lagi 'ikon' untuk kanak-kanak di negara ini," katanya.

Nizam bersama kira-kira 20 kru AS kini giat menyiapkan episod awal siri berkenaan dengan durasi selama 11 minit bagi setiap episod.

Yang menarik, rata-rata kru yang terbabit dalam pembikinan siri animasi ini masih muda dan berumur lingkungan awal hingga pertengahan 20-an. Mereka akan bersama menyiapkan kira-kira 26 episod untuk siri animasi berkenaan.

Tatkala bertemu Nizam dan Safwan bersama tiga lagi kru penting dalam AS, Dzubir Zakaria, 24; Yap Ee Jean, 25, dan Naim Ahmad, 22; baru-baru ini, masing-masing rancak bercerita mengenai projek animasi itu yang dijangka ditayangkan di televisyen pada pertengahan tahun ini.

INFO
> Boboiboy adalah cerita animasi untuk tontonan kanak-kanak yang diilhamkan oleh barisan animator muda berumur lingkungan 20-an daripada Animonsta Studios (AS) yang berpangkalan di Cyberjaya
> Penggerak utama yang mengendalikan AS adalah Mohd Nizam Abdul Razak, Mohd Safwan Ab Karim, Kee Yong Pin dan Muhammad Anas Abdul Aziz yang pernah menjayakan animasi popular Upin & Ipin
>Boboiboy menelan kos perbelanjaan kira-kira RM2 juta dan mendapat kerjasama daripada agensi Cradle Fund Sdn Bhd yang akan membantu menyalur dana bagi merealisasikan projek terbabit
> Agensi kerajaan, termasuk Pusat Kandungan Kreatif Multimedia Malaysia (MAC3) di bawah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) membekalkan beberapa perisian untuk kemudahan AS menghasilkan Boboiboy
> Boboiboy dijangka ditayangkan pada pertengahan tahun ini membabitkan 26 episod dan setiap satunya dengan durasi 11 minit
> Maklumat lanjut mengenai Boboiboy di laman web www.animonsta.com

SINOPSIS RINGKAS BOBOIBOY
> Boboiboy adalah kisah mengenai watak Boboiboy bersama rakannya Yaya, Ying dan Gopal yang memiliki kuasa luar biasa menentang makhluk asing yang ingin menawan bumi
> Makhluk asing yang turun ke bumi membawa pulang biji kopi ke planet mereka, namun kerana aroma dan rasa kopi sungguh sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi berkenaan
> Boboiboy dan rakannya cuba menghalang tindakan makhluk asing terbabit hingga tercetus konflik dan pergolakan sesama mereka

Click to read more...

25 January 2010

More Monstas!

Happy Monday!
January is almost at an end and what an exciting start to 2010 it has been. Hope everyone has had some good results from pursuing your new year's resolutions. As you've read before Animonsta was started by 8 Monstas and later grew to 11. Well we are happy to  inform everyone that as of 25th January 2010,  we have expanded our Monsta team to a strong number of 20. Check out our newly updated Monsta lineup.

So today I'd like to share with you guys our new recruits of Monstas that will become the life and blood of our team (if not already).

From left: Iman, Naim, Zirul

Kam, Rashdan, Akid

Ekeen, Hana, Nina

Tim, Hadziq

Zaim, Khairul
This new lineup includes character modeling, background modeling, storyboard artists and concept artists, further boosting our production team, not to mention our Futsal team as well. The team is hard at work with preparing for our first series of promotional products, a pilot episode and some soon to be announced minisodes. What is pilot about? What are these so-called minisodes? How did BoBoiBoy get his powers? All shall be revealed soon. Stay tuned ;)

ps – The writer would like to point out that he had nothing to do with the glowing effect on his face in the above group picture. Perhaps it is a sign?

Click to read more...