BoBoiBoy @ Berita Harian 28/04/11

28 April 2011 Posted by Rocky Raccoon 1 roars

Boboi Boy untuk semua
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2011/04/28

  
  • Foto
    ANTARA watak menarik animasi Boboi Boy yang disiarkan setiap Ahad, jam 7 malam di TV3.
  • Foto
  • Foto
Kemunculannya bakal merancakkan lagi bidang animasi tempatan

SELEPAS Upin & Ipin melakar fenomena tersendiri dunia penyiaran dan perfileman, sebuah lagi animasi yang mungkin tidak kurang hebatnya kini sedang menunggu masa untuk munculna iaitu Boboi Boy.

Produk pertama keluaran Animonsta Studios (AS) hadir bukan untuk menyaingi mana-mana animasi sedia ada, namun kehadirannya tidak lain adalah untuk memeriahkan industri animasi yang masih dianggap baru ini.

Read the full article here

Thanks to Berita Harian and Rozdan Mazalan for the article

BoBoiBoy @ Gempak May Issue

26 April 2011 Posted by Rocky Raccoon 9 roars

In May's Issue of Gempak there is a 3 page cover of BoBoiBoy with plentiful pictures and info about the series. Below are scans of the feature but don't forget to grab the latest issue of Gempak now!


We would like to thank Harry, Kyon and the rest of the team at Gempak for the great feature.

Peraduan Terbaik BoBoiBoy dan Soalan Minggu 1

25 April 2011 Posted by Rocky Raccoon 41 roars




[UPDATE 26/04/11] Untuk makluman semua Peraduan Terbaik BoBoiBoy telahpun bermula. Di sini kami telah uploadkan promo peraduan tersebut di youtube. Untuk melihat contoh-contoh lukisan sila layari http://www.facebook.com/boboiboy/. Berikut adalah Soalan Minggu pertama.

Soalan Minggu 1: Apakah kuasa elemen yang ada pada BoBoiBoy?

A - Api, Air dan Elektrik
B - Tepung
C - Angin, Petir dan Tanah

Semoga berjaya!

ps - Jangan post jawapan kat comments box sini! ;)

BoBoiBoy Volume 1 DVD!!!

22 April 2011 Posted by Rocky Raccoon 11 roars


Great News! We're pleased to announce that BoBoiBoy's Volume 1 DVD will be available this 25th of April 2011 at all video stores and hypermarkets.

[UPDATE 26/04/11] To answer questions, Volume 1 will consist of Episodes 1 - 4 (4 Eps x 12 mins) and will be in widescreen format. 

Meet Gopal!

19 April 2011 Posted by Rocky Raccoon 2 roars


Here's a big thanks to everyone who has supported us throughout our BoBoiBoy series premiere on TV3! Meet Gopal! is now out on youtube in HD version. Thank you so much for watching the whole 4 Episodes of BoBoiBoy. Stay tuned to our announcement for the BoBoiBoy Terbaik Contest as well as future episodes that will be broadcasted in June.

Episod Ulangan BoBoiBoy

12 April 2011 Posted by Rocky Raccoon 114 roars

Kami di Animonsta meminta maaf kepada semua peminat dan penonton BoBoiBoy yang kecewa dengan episod ulangan. Ada kami maklumkan di facebook seminggu sebelum episod ulangan tetapi kesilapan pihak kami ialah kami tidak letak di blog dan maklumkan dengan lebih jelas.

Untuk makluman semua, episod baru BoBoiBoy akan bermula hanya pada Julai sebanyak 4 episod dan baki 5 episod akan bermula pada cuti sekolah hujung tahun ini. Setiap musim hanya ada 13 episod sahaja.

Bagi menjelaskan lagi tentang perlunya episod ulangan, berikut adalah 3 faktor yang perlu ambil kira:


1) Had Kapasiti

Kapasiti produksi BoBoiBoy hanya mampu mengeluarkan 13 episodes setahun. Oleh kerana hanya 13 episodes, jadi memang akan ada episod-episod ulangan bagi memastikan BoBoiBoy dapat berada di kaca TV selama setahun (setahun ada 52 minggu).

Sekarang seramai 27 krew dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan BoBoiBoy. Kapasiti ini agak rendah jika dibandingkan dengan bilangan episodes yang kami perlu hasilkan. Secara purata, satu episode setengah jam mengambil masa 6 - 8 minggu untuk dihasilkan.

Semestinya pihak Animonsta akan menambah ramai lagi krew. Asalnya kami mahu menambah krew untuk dapat menyiapkan siri dengan lebih cepat tetapi selepas melihat kepada permintaan orang ramai terhadap BoBoiBoy The Movie, kami membuat keputusan untuk tenaga baru masuk ke team movie.

2) Kepentingan "Pilot" dan "Season Break"

Pada peringkat awal siri BoBoiBoy ini, kami sebenarnya kurang pasti sejauh mana kejayaan BoBoiBoy apabila ditayangkan nanti. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk menggunakan formula "pilot" dan "season break". Dengan ini kami dapat melihat reaksi dari penonton. Dari reaksi yang kami terima untuk episod 1 hingga 4, kami dapat menggunakan maklumat tersebut untuk membuat siri yang lebih sesuai untuk penonton.

Sebagai contoh, pada peringkat awal, kami mensasarkan penonton yang berumur 7-12 tahun. Namun selepas tayangan, kami mendapati penonton remaja dan awal dewasa juga meminati BoBoiBoy (lebih dari 50% adalah penonton remaja dan awal dewasa). Maklumat seperti ini membantu kami untuk mencipta episod yang lebih dekat dengan penonton. Selepas ini anda akan dapat lihat siri BoBoiBoy lebih cenderung kepada remaja juga.

Untuk tahun ini BoBoiBoy akan muncul dengan episod baru sebanyak 3 kali iaitu bulan Mac, Julai dan Disember (cuti sekolah). Untuk mengelakkan siaran ulangan yang banyak pada musim ke-2, kami sedang mempertimbangkan untuk memulakan musim ke-2 pada Jun 2012. Bermakna episod-episod baru akan ditayangkan pada bulan Jun dan juga Disember.

3) Siri baru

BoBoiBoy adalah siri animasi baru. Dari minggu ke minggu, semakin ramai yang menonton BoBoiBoy. Namun bagi penonton baru, mereka terlepas episod-episod awal. Siaran BoBoiBoy diulang bagi memastikan untuk penonton baru dapat mengikut jalan cerita BoBoiBoy dari awal lagi. Ini amat penting kerana siri BoBoiBoy berkesinambungan.

Apa pun, kami krew Animonsta menjanjikan hanya yang terbaik. Kami meminta maaf sekali lagi kepada penonton dan peminat yang kecewa dengan siaran ulangan BoBoiBoy. Kami harap peminat faham dengan situasi ini.

p/s: Pihak TV3 dan Animonsta sedang bekerjasama untuk pertandingan "BoBoiBoy Terbaik!!!". Nantikan next entry diblog ini mengenai peraduan ini!