Boboiboy tak saing Upin & Ipin
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
SELEPAS sekian lama peminat disogok dengan impak besar menerusi siri animasi popular, Upin & Ipin, kini tiba giliran siri baru, Boboiboy, satu lagi animasi hasil kerja dan kreativiti rakyat tempatan.
Kehadiran siri animasi yang diterbitkan Animonsta Studio Sdn Bhd itu bukan untuk menyaingi siri animasi tempatan sedia ada Upin & Ipin. Sebaliknya memberi pilihan kepada penonton selain membuktikan bidang animasi tempatan semakin berkembang serta mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Pengarah Urusan Animonsta Studio, Mohd Nizam Abd Razak yang juga bekas pengarah Upin & Ipin berkata, animasi ‘superhero’ itu bukan untuk menyaingi mana-mana pihak sebaliknya fokus utama mereka adalah memberi pilihan kepada peminat siri berkenaan.
Katanya, selain tampil bersama konsep animasi tiga dimensi (3D) ia turut mengetengahkan pelbagai pengajaran serta dapat mendidik penonton khususnya kanak-kanak.
----------------
Read the full article here.
We'd like to thank Wan Asrudi and Harian Metro for the fantastic article.

November 4, 2011 at 6:43 PM
TERBAIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
May 8, 2017 at 1:35 PM
harap tiada la selisih faham hahaha