Utusan Malaysia: BoBoiBoy Kelahiran Sulung Animonsta

12 November 2009 Posted by ikouje

12 Nov 2009 - BoBoiBoy Kelahiran Sulung Animonsta

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

SELEPAS kejayaan siri pendek dan filem animasi yang menjadi sebutan ramai - Upin & Ipin, kini pengarahnya Mohd. Nizam Abd Razak bakal muncul dengan produk terbarunya Boboiboy.

Boboiboy merupakan 'anak' sulung Animonsta Studios selepas Nizam serta tujuh lagi membuka syarikat animasi mereka sendiri.

Demi mencari tapak mengembangkan lagi bakat mereka, Mohd. Nizam serta tiga lagi rakannya menubuhkan Animonsta Studios.

Walaupun boleh dikatakan kaya dengan pengalaman tetapi dengan penubuhan syarikat baru mereka perlu bermula dari awal.

Mohd. Nizam yang juga Pengarah Urusan Animonsta Studios berkata, buat masa ini mereka menggunakan segala kemudahan yang ada di bangunan Pusat Animasi dan Kandungan Kreatif (MAC3), Cyberjaya.

"Semua kemudahan tersedia daripada studio, perisian, perkakasan sehinggalah kepada bilik mesyuarat dan kafe yang boleh digunakan.

"Kami di sini juga boleh bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan lain yang menghasilkan produk-produk kreatif dan inovatif termasuk animasi dan permainan," katanya.

Justeru lebih mudah bagi kru Animonsta menghasilkan Boboiboy di sini dengan segala kelengkapan yang ada.

Siri tersebut bakal disiarkan selama 26 episod di mana setiap satunya dengan durasi selama 11 minit.

"Ketika ini, kami masih dalam peringkat perbincangan.

"Watak-watak yang bakal memainkan peranan penting dalam siri ini sudah ada dan buat masa ini kami sedang menyiapkan kesemua karakter itu," katanya.

Apa yang menarik dalam Boboiboy ialah beberapa daya tarikan terkandung meliputi karakter superhero Bo, Boi dan Boy, nilai-nilai murni, karakter makhluk asing (alien) dan juga unsur futuristik di sekitar ibu kota.

Bercerita mengenai Boboiboy, Mohd. Nizam berkata, ia merupakan ikon perpaduan kaum negara ini yang menghimpunkan karakter utama Boboiboy serta Gopal, Ying dan Yaya.

"Gopal iaitu karakter budak India yang mempunyai kuasa menukar sesuatu barang kepada barang yang lain.

"Ying karakter budak Cina yang mempunyai kuasa yang membolehkannya bergerak pantas berbanding rakan-rakannya yang lain," katanya.

Sementara itu, Yaya pula merupakan karakter kanak-kanak perempuan comel yang bertudung.

Dalam animasi Boboiboy juga diwujudkan ialah karakter makhluk asing yang membawa pulang biji kopi ke planetnya.

Bagaimanapun disebabkan aroma dan keenakan kopi, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi tersebut.

Dalam mewujudkan suasana tempatan, datuk Boboiboy mempunyai kedai kopitiam yang menjadi tempat lepak kegemaran makhluk asing yang gemarkan keenakan kopi di sana.

"Alien yang turun ke Bumi gagal menghasilkan ramuan kopi seenak di kedai kopitiam datuk Boboiboy dan di sanalah banyak kisah bermula," katanya.

Menurut Mohd. Nizam lagi, sambutan terhadap animasi Boboiboy amat menggalakkan apabila beberapa stesen penyiaran tempatan dan antarabangsa yang bertanyakan tentang produk tersebut.

Bukan itu sahaja mereka juga mendapat kerjasama daripada sebuah lagi agensi, Cradle Fund Sdn. Bhd., yang membantu menyalur dana bagi merealisasikan projek tersebut.

Kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Boboiboy dan Animonsta Studios, sila layari laman sesawang, www.animonsta.com.

Peminat juga boleh mendapatkan kisah menarik mengenai Boboiboy dalam laman sosial facebook di http://tinyurl.com/yzmep35

5 Response to "Utusan Malaysia: BoBoiBoy Kelahiran Sulung Animonsta"

  1. Jonjenin Says:

    cayalah team Animonsta!!!
    moga sejarah baru korang akan tercipta lagi.
    Laluan buat pgiat animasi tempatan mula terbuka luas..BraVoo!!

  2. kusut Says:

    awesome news! storyline sounds fun.

    eh dengar2 nak tukar nama title BoBoiBoy ek? jadik ke?

  3. neorackle Says:

    Menarik sgt.

    Karya ni boleh beat Jimmy Neutron ni.

    Haha..

  4. touyakaruma Says:

    Animasi malaysia bertambah coooooooool dari masa ke semasa

  5. chenlina Says:

    chenlina20160722
    coach factory outlet
    nike factory outlet
    louis vuitton
    louis vuitton outlet
    kate spade handbags
    coach outlet store online clearances
    lebron james shoes 13
    christian louboutin shoes
    kate spade handbags
    louboutin pas cher
    nike outlet store
    louis vuitton handbags
    coach factory outlet
    adidas shoes
    michael kors outlet online sale
    jordan shoes
    michael kors purses
    kate spade handbags
    oakley sunglasses
    coach outlet
    michael kors handbags
    nike air max 90
    nike free runs
    ray ban sunglasses
    cheap nfl jerseys
    basketball shoes
    ray ban sunglasses outlet
    authentic louis vuitton handbags
    michael kors outlet
    rolex watches
    nike trainers men
    gucci outlet
    louis vuitton outlet
    ghd hair straighteners
    coach outlet
    rolex submariner
    air jordan 8
    ralph lauren outlet
    giuseppe zanotti sandals
    michael kors handbags
    as

Post a Comment