Animonsta in Utusan!

13 October 2009 Posted by Green Capsie

LCPSB tidak bersaing dengan Animonsta


LES' Copaque Productions Sdn. Bhd. mempunyai ramai animator pelapis bagi menerbitkan animasi mereka yang seterusnya pada masa depan.


LES' Copaque Production Sdn. Bhd. (LCPSB) penerbit filem animasi Geng Pengembaraan Bermula (Geng) merupakan syarikat produksi tempatan yang aktif termasuklah menerbitkan siri animasi Upin & Ipin untuk siaran saluran televisyen (TV) di TV9.


Syarikat produksi yang diterajui oleh Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md. Radzi berkata, penubuhan LCPSB bertujuan memenuhi permintaan bagi menerbitkan filem-filem animasi tempatan yang amat sedikit sekali bilangannya.


Justeru, beliau tidak menganggap penubuhan satu lagi syarikat penerbitan animasi tempatan, Animonsta Studios sebagai pesaing LCPSB kerana bidang animasi di negara ini mempunyai prospek yang luas untuk diterokai.


"Saya terbitkan filem animasi atau siri TV bukannya untuk bersaing dengan sesiapa. Ini kerana kalau produk yang kita hasilkan itu bagus orang akan tonton juga. Setakat ini pun kita masih lagi kekurangan filem-filem animasi.

"Lagi ramai orang terbitkan filem animasi lagi bagus kerana daripada situ akan terhasil produk-produk yang berkualiti. Penerbit filem bukan macam kontraktor yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan projek atau tender.

"Sesiapa juga boleh buat filem animasi. Tidak timbul soal persaingan kerana setiap orang ada cara mereka masing-masing. Sebabnya, banyak lagi pasaran filem animasi yang kita boleh terokai bersama-sama pada masa depan" katanya kepada Hits baru-baru ini.

Burhanuddin menyangkal telahan sesetengah pihak mengatakan LCPSB kini bersaing dengan Animonsta Studios di mana tenaga kerjanya merupakan bekas tonggak penting yang pernah menghasilkan Geng dan Upin & Ipin.

Beliau tidak menafikan pada peringkat awal operasi LCPSB sedikit terjejas apabila lapan bekas kakitangannya seperti Mohd. Nizam Abd. Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim dan Muhammad Anas Abdul Aziz menarik diri dan menubuhkan syarikat produksi tersebut.

"Pada peringkat awal operasi produksi LCPSB terjejas tetapi selepas seminggu ia kembali normal. Di LCPSB kami tidak bergantung pada seseorang sahaja tetapi kalau ada apa-apa berlaku, kita ada orang lain untuk ambil alih.

"Selain itu, pada masa sama kita juga akan melatih muka-muka baru dan mewujudkan pasukan-pasukan yang berbeza untuk menerbitkan produk-produk kita yang lain pada masa depan.

"Apatah lagi dengan hampir 80 kakitangan yang ada di LCPSB kami yakin operasi penerbitan animasi di syarikat ini akan tetap berjalan seperti biasa.

"Contohnya kami ada dua penulis skrip yang baru. Salah seorang daripada mereka ialah Ida Azhar yang pernah meminjamkan suaranya untuk watak Ros dalam filem Geng," ujarnya.

Difahamkan Mohd. Nizam yang merupakan bekas pengarah Geng bersama rakan-rakannya yang lain telah keluar daripada LCPSB baru-baru ini dan menubuhkan Animonsta Studios di mana ketika ini mereka sedang menyiapkan animasi berjudul Boboiboy.

Jelas Burhanuddin, buat masa ini LCPSB sedang menyiapkan siri TV Upin & Ipin musim ketiga yang mempunyai 42 episod untuk ditayangkan di TV9 di mana ia dijangka akan dapat disiapkan selewat-lewatnya pada penghujung Disember ini.

Di samping itu, katanya siri Upin & Ipin yang kini sedang ditayangkan di stesen TV TPI di Indonesia pula telah meraih jumlah penonton yang sangat memberangsangkan sejak ia ditayangkan di sana Februari lalu.

"Setakat ini sudah hampir 30 episod siri TV Upin & Ipin ditayangkan di stesen TPI. Saya difahamkan hampir 10.5 juta penonton menontonnya setiap kali ia ditayangkan di sana. Menariknya, Upin & Ipin masih mengekalkan bahasa Melayu dalam dialog-dialognya.

"Cuma pihak stesen TPI telah menggunakan sarikata dalam bahasa Indonesia bagi memudahkan para penonton memahami dialog dan jalan cerita siri TV tersebut," katanya.

Bagi menarik lebih ramai penonton menyaksikan Upin & Ipin di Indonesia, LCPSB juga katanya akan mewujudkan satu watak baru bernama Susanti menerusi siri TV itu yang bukan setakat diminati kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa.

Tambahnya, watak kanak-kanak wanita Indonesia itu diharap akan menguatkan lagi jalan cerita Upin & Upin selain mampu mendekatkan para penonton di Indonesia dengan watak seperti Susanti yang ada kaitan dengan persekitaran di sana.

"Ini salah satu strategi kami untuk mendekatkan lagi siri Upin & Ipin kepada para penonton di sana. Walaupun watak Susanti menggunakan dialog dalam bahasa Indonesia tetapi watak-watak lain akan terus bertutur dalam bahasa Malaysia," ujarnya lagi.

Here's the link!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

2 Response to "Animonsta in Utusan!"

  1. JoJi Says:

    Respect dekat LCPSB dan Animonsta. Korang memang professional. Tanda tanda industry animasi akan berkembang dan maju kehadapan. Moga kedua dua berjaya.

  2. chenlina Says:

    chenlina20160722
    coach factory outlet
    nike factory outlet
    louis vuitton
    louis vuitton outlet
    kate spade handbags
    coach outlet store online clearances
    lebron james shoes 13
    christian louboutin shoes
    kate spade handbags
    louboutin pas cher
    nike outlet store
    louis vuitton handbags
    coach factory outlet
    adidas shoes
    michael kors outlet online sale
    jordan shoes
    michael kors purses
    kate spade handbags
    oakley sunglasses
    coach outlet
    michael kors handbags
    nike air max 90
    nike free runs
    ray ban sunglasses
    cheap nfl jerseys
    basketball shoes
    ray ban sunglasses outlet
    authentic louis vuitton handbags
    michael kors outlet
    rolex watches
    nike trainers men
    gucci outlet
    louis vuitton outlet
    ghd hair straighteners
    coach outlet
    rolex submariner
    air jordan 8
    ralph lauren outlet
    giuseppe zanotti sandals
    michael kors handbags
    as

Post a Comment