Animonsta dan BoBoiBoy

18 October 2009 Posted by rihlah.alasad
Salam dan hello semua,

Harini Animonsta baru berumur 1 bulan+. Animonsta ditubuhkan pada 15.09.2009. (Mula2 mahu 09.09.09 tapi lambat mendapat ilham utk nama, maka lambat lah register).

model BoBoiBoy yang pertama

Produk sulung kami ialah BoBoiBoy; kisah BoBoiBoy dan kawan-kawan yang mendapat superpower untuk menentang penaklukan makhluk asing yang datang je bumi untuk menguasi bijirin kopi. Kisahnya bermula apabila makhluk asing berkepala kotak menghantar reconnya untuk mengumpul bahan-bahan yang terdapat di bumi. Salah satu bahan yang mereka kumpulkan ialah bijirin kopi yang dibawa semula ke dunia mereka untuk diuji. Di dalam sesi ujian, saintis mahkhluk asing tersebut termakan bijiran kopi dan mendapati ianya sangat enak dan luar biasa. Dia melaporkan apa yang telah didapatinya kepada maharajanya. Selepas merasai sendiri kehebatan bijian kopi itu, maharaja itu menjadi taksub dan segera memerintahkan bahtera angkasa disediakan untuk terus ke bumi bersama seluruh koloninya.
konsep awal bahtera angkasa


Di bumi, Tok Aba iaitu datuk kepada BoBoiBoy merupakan pengusaha Kopitiam yang pakar dalam pembuatan air kopi. Apakah kaitan BoBoiBoy, Tok Aba dan Makhluk asing berkepala kotak? Kita nantikan bila siap demoreel nanti. InsyaAllah.
background: taman permainan dan kawasan perumahan

Pada peringkat ini, kami hanya ada BoBoiBoy dan beberapa set background di dalam bentuk 3D. Selebihnya masih di dalam bentuk konsep atau dalam proses pembuatan 3D. Pada awalnya, kami tidak mahu mengeluarkan apa-apa tetapi atas permintaan kebanyakan pihak, kami keluarkan juga. Kami dapati ianya lebih baik untuk kami berkongsi progress dengan orang ramai untuk mendapat lebih banyak idea. Antara idea-idea dan bernas dan pendapat yang kami telah terima ialah:-

  1. Kurang ciri tempatan.
    Sememangnya kami akan mengetengahkan ciri-ciri tempatan. Cuma setakat ini, apa yang kami ada dan dapat tunjuk hanyalah pada persekitaran BoBoiBoy dan watak BoBoiBoy sahaja. Tambahan lagi ianya hanyalah draft yang pertama. Kami akan menambah ciri-ciri khas yang dapat menonjolkan imej tempatan seperti pokok kelapa, pokok rambutan dan tiang-tiang eletrik yang berselirat. Tok Aba juga mempunyai kopitiam yang akan menjadi antara set utama di dalam siri ini.




  2. Buat topi BoBoiBoy boleh berkata-kata.
    Sememangnya antara gadget utama ialah topi BoBoiBoy. Topi itu yang membolehkan BoBoiBoy pecah kepada 3 dan mempunyai kuasa untuk mengawal dan mengeluarkan elemen petir, angin dan tanah. Topi itu walaupun kelihatan comel tetapi ianya merupakan senjata yang amat luar biasa. Berbentukan kepala monster, kami rasa ada betulnya jika ianya boleh bersuara. Boleh menambah telatah BoBoiBoy dimana dia selalu berbeza pendapat dengan topinya sendiri.


  3. Jangan biarkan BoBoiBoy hanya untuk kanak-kanak.
    Kami sebenarnya memilih famili sebagai target utama. Pada peringkat ini, apa yang kami tunjukkan lebih ke arah minat kanak-kanak. Kami sedang usahakan bahagian lain yang kami khaskan untuk menambat hati orang dewasa. Beberapa watak dewasa akan diketengahkan, tambah pula dengan sikap makhluk asing yang kami percaya dapat menghiburkan banyak pihak.

draft pertama: test rendering

Ada lagi pendapat yang kami terima tetapi tak bolehlah kami letak kesemuanya disini, penat nanti saudara-saudari nak scroll. Terima kasih kepada mereka-mereka yang telah memberikan pendapat dan komen kepada kami. Kami telahpun membuatkan account Facebook untuk BoBoiBoy yang bertujuan khas untuk mendapat lebih pendapat dan membantu kami dalam proses pengumpulan data yang berkenaan. Disitu kami mengkaji penerimaan orang ramai terhadap watak BoBoiBoy dan kawan-kawan.

Add BoBoiBoy sebagai kawan anda dan jadilah peminat BoBoiBoy (Juga boleh klik link disebelah kanan blog) Walaupun belum ditayangkan, kami percaya dengan adanya sokongan orang ramai, kami akan dapat mengetahui lebih banyak tentang citarasa orang ramai dan kami juga dapat mengenal watak BoBoiBoy dengan lebih dekat.

Dari apa yang kami tunjukkan disini, diharap saudara saudari dapat meninggalkan komen-komen yang dapat membantu kami, tak kirakah di blog ini ataupun di Facebook. Terima kasih dari MONSTAS di MAC3.

31 Response to "Animonsta dan BoBoiBoy"

  1. Yusrimau Says:

    x brape suke tengok muke boboiboy..xcute..nampak cam budak jahat je..

  2. Anonymous Says:

    bijiran kopi???? patutnya bijian kopi..........kopi bukan bijirin tapi buah hehehe igt boboi...nanti abg ajar lagi ...

  3. Anonymous Says:

    adusss...kenapa buat tema makhluk asing.......tak best laaaaa....patutnya makhluk asing tu ditukar kepada iblis dan syaitan ....alien bukan wujud pun.....hanya penipuan New World Order

  4. topo Says:

    hohoho idea mantap!!! best la idea ni ada genre lawan2 tu mmg diminati kanak2.. hohooh gud luck animonsta gudluck boboiboy...

  5. Axiim Says:

    Smart!! topi tu leh jadi bahan merchandise plg chumil!!

    p/s:bgs giler strategi nie..

  6. Rocky Raccoon Says:

    tepat sekali. tu memang strategi buat merchandising :P

  7. Green Capsie Says:

    Haa..bijian kopi..betul tu..terima kasih diatas keprihatinan anda!

  8. Rocky Raccoon Says:

    Kopi tu buah eh? hhmm tatau plak. makasih

  9. Anonymous Says:

    This comment has been removed by a blog administrator.
  10. Rocky Raccoon Says:

    Minta maaf, tetapi saya terpaksa delete komen yang terbaru. Kita tak nak offend pihak lain. Komen-komen tentang animonsta dibenarkan.

  11. chokilala Says:

    selagi xde kenyataan rasmi drpd korang sendiri, selagi tu orang akan cakap xelok kot dlm blog ni. peminat xfaham, dorang kecewa. sebab sekarang ni satu pihak je yang bercakap. jenama upin & ipin kuat dengan korang, so harap korang explain la apa yang patut

    sedih sebab jadi macam ni

    tapi suka sebab ada produk baru. lagi banyak, lagi kualiti. ada banyak pilihan. aku suka la BBB ni, comel. haha

  12. rihlah.alasad Says:

    thanks chokilala. Kami remove comment dari blog ini bukan sebab mereka bercakap buruk tentang kami tetapi bercakap buruk tentang pihak lain.

    Apa pendapat org tentang produk kami dan syarikat kami, kami akan terima. Tapi kalau ada kata-kata kesat kami terpaksa removekan, untuk pelawat lain berasa selesa. (tapi setakat ni belum ada lagi)

    Kami percaya dengan adanya produk baru yang menarik, peminat akan berasa senang. Upin & Ipin berada di tangan pasukan yang berkaliber. Kini kami sedang mengusahakan BoBoiBoy, kami janjikan yang terbaik.

    Berilah komen-komen yang dapat membantu kami untuk memahami citarasa peminat. Ianya lebih menguntungkan kesemua pihak :)

  13. cycom Says:

    Simple and cute, mmg sesuai utk buat minit series... congrats for your new company and IP.

  14. nizam. Says:

    hi cycom..thanks alot! u have always encouraged us. thank you so much :)

  15. awish Says:

    tak kire comel ker buruk ker , janji setiap aksi musti penoh dengan unsur lawak ... aku musti seronok bile tengok anak aku ketawa berdekah2

  16. awish Says:

    dan dimana ade korang disitu ade awish ... huhu

  17. Aina Azmi Says:

    waahhhh thank you awish! ^^ makin smgt kami ini mcm

  18. Zalee Says:

    so far so cun. sekali pandang, sejuk mata memandang.

    as for me, localization is not something yang necessary pun. pokok kelapa is not something yang local pun, sebab kat Havana pun ada pokok kelapa. btw, its great to have pokok kelapa.

    for me, design wise, i like this more than any of your previous works. (sampai gadoh dalam blog few years ago)

  19. Bukan Sepet Says:

    Okkkk... aku baru sampai site ni. Tak nak komen kat sini as this is my opinion only. (get my point?)

    All the best to animonsta.

  20. kusut Says:

    ramai kasik input nih.. and ramai yg tanye pasal Animonsta and LCP eh? soklan (tak jawab takpe)..

    korang takde gaduh kan? kan? :D

  21. Invader Voobee Says:

    Ahmed fani - Thanks. We really appreciate your comments after what happened in the past lols!

    Kusut - mana ada gaduh2. =). business mah.

  22. rihlah.alasad Says:

    Ahmad Fani, thanks for ur comment!

    Moga kita semua terus maju kehadapan :)

  23. AziraOmar Says:

    em!!~ good luck u korg!!~ suke BBB nie~ chumel!!~ ^____________^

  24. nizam. Says:

    thanks azira :)

  25. tenkoi Says:

    cuma teringat Pixar selalu cakap 'story is the king' design 2d atau 3d hanyalah medium aje... bila hasilkan satu kerja yang bagus insyallah ramai akan menghargai usaha tu.

  26. chenlina Says:

    chenlina20160722
    louis vuitton outlet stores
    adidas originals
    louis vuitton outlet
    polo ralph lauren
    tiffany outlet
    coach outlet
    oakley vault
    cheap air jordans
    instyler max
    michael kors outlet
    christian louboutin outlet
    cheap oakley sunglasses
    air jordans
    louis vuitton outlet
    polo ralph lauren outlet
    michael kors
    nike roshe run women
    air jordans
    adidas shoes
    michael kors outlet
    marc jacobs handbags
    kevin durant shoes 7
    jordans for sale
    tory burch handbags
    nike free run
    oakley sunglasses
    nike air max
    ghd flat iron
    louis vuitton outlet
    michael kors outlet store
    replica watches
    ed hardy clothing
    adidas ultra boost
    toms shoes
    adidas outlet
    ralph lauren outlet
    tory burch outlet
    ray ban sunglasses
    north face outlet
    fitflop sandals
    as

  27. Obat Penghancur Benjolan di Leher Says:

    This article is interesting and useful. Thank you for sharing. And let me share an article about health that God willing will be very useful. Thank you :)

    Pengobatan efektif Menghilangkan Benjolan di Payudara
    Obat Luka Berair yang Tak Kunjung Sembuh
    Pengobatan Miom tanpa Operasi
    >

  28. sportsbet Says:

    Good content. You write beautiful things.
    vbet
    hacklink
    mrbahis
    vbet
    korsan taksi
    taksi
    sportsbet
    mrbahis
    hacklink

  29. bonus veren siteler Says:

    Good article text write content successfull... thanks.
    betmatik
    poker siteleri
    kralbet
    mobil ödeme bahis
    kibris bahis siteleri
    betpark
    tipobet
    slot siteleri

  30. kaan Says:

    diyarbakır
    kastamonu
    hakkari
    kütahya
    muş

    8PV

  31. hamit Says:

    hatay
    ığdır
    ısparta
    mersin
    ağrı

    E8R

Post a Comment